Terkini: Bantuan Warga Emas 2022 RM500

Terkini: Bantuan Warga Emas 2022 RM500

Berikut kami kongsikan cara membuat permohonan bantuan warga emas terkini jun 2022. Baca panduan bagi memudahkan pendaftaran.

Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan warga emas akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lihat juga: Bayaran Bantuan i-Suri KWSP Terkini 

Lihat Juga: Cara Tebus Baucar Shopee Sebanyak Rm400

Bantuan Warga Emas 2022

Bantuan Warga Emas 2022

Dokumen Yang Diperlukan

Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Warga Emas 2022

Bantuan Warga Emas 2022

Orang tua atau warga emas yang ignin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia
Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi RUmah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalina JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma
Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Bantuan Warga Emas 2022

  1. Layari laman web JKM: ebantuanjkm
  2. Klik pada butang pendaftaran permohonan
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
  4. Setelah selesai, klik butang daftar
  5. Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda.

MUAT TURUN – BORANG JKM

Sila pastikan permohonan yang dibuat lengkap dengan mengikut segala syarat-syarat yang di beri bagi menggelakkan masalah yang tidak dinginkan. Segala maklumat di atas adalah daripada sumber yang sahih dan Pihak myinfokerja tidak akan bertanggungjawab atas segala komen komen yang dilontarkan, Terima Kasih.

 

Bantuan Warga Emas 2022

Leave a Comment