Bantuan Tunai RM600 & RM900 akan dibayar kepada ketegori penerima ini Berikut tarikh pembayaran
Bantuan Tunai RM600 & RM900 akan dibayar kepada ketegori penerima ini Berikut tarikh pembayaran
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Semak jawatan kosong di sini: Pengambilan Majlis Perbandaran Kluang 2023
– Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –
Bantuan Tunai RM600 & RM900
Antara bantuan utama yang duperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari serta April lalu.
Manakala, pembayaran Fasa 3 telah disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Haji pada bulan Jun 2023.
Untuk pembayaran STR Fasa 4, ia akan diberikan kepada kategori isi rumah dengan kadar berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
Bilangan anak 0: RM200
Bilangan anak 1 – 2: RM600
Bilangan anak 3 – 4: RM900
Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
Bilangan anak 3 – 4: RM300
Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023.
Akan tetapi, tarikh rasmi atau sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.