Bantuan Tunai RM350 Untuk Golongan B40

Bantuan Tunai RM350 Untuk Golongan B40

Bantuan Tunai RM350 Untuk Golongan B40 – Demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya mereka yang terjejas, Kerajaan sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan.

Di tahun 2023 ini, pasti banyak lagi bantuan yang akan dilaksanakan khusus buat mereka yang tidak berkemampuan.

BAP atau dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan merupakan sebuah bantuan tunai RM100 – RM350 secara bulanan dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Terdapat 9 jenis bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan.

Ramai rakyat yang kurang tahu mengenai bantuan tersebut. Hal ini kerana ia jarang dihebah-hebahkan kepada masyarakat.

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat serta isi rumah yang layak melalui tapisan kelayakan.

Bantuan Tunai RM350 Untuk Golongan B40

 

Bantuan Tunai RM350

TUJUAN BANTUAN
Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga yang layak.

KADAR BANTUAN

Kadar pemberian Bantuan Am Persekutuan ini adalah minimum RM 100 seorang dan maksimum RM 350 untuk satu isi rumah.

Pembayaran akan dilaksanakan setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya adalah :

-Warganegara Malaysia
-Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

Baca Juga: Bantuan JKM 2023 – Permohonan & Semakan Online eBantuan 2023

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk memohon :

-Sila layari laman web JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my atau muat turun borang permohonan.
-Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
-Daftar permohonan mengikut negeri.
-Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
-Sila lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
-Hantar borang permohonan.

Bantuan Tunai RM350 Untuk Golongan B40

DOKUMEN PERMOHONAN

Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :

-Salinan MyKad Pemohon
-Salinan MyKad ahli keluarga ni yang tinggal bersama
-Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
-Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
-Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
-Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
-JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
-Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019

Bantuan Tunai RM350 Untuk Golongan B40

SEMAKAN PERMOHONAN
Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian”
Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”

 

Leave a Comment