Bantuan Tunai Rakyat RM300 Disalurkan Januari Ini
Bantuan Tunai Rakyat RM300 Disalurkan Januari Ini. Senarai Penerima Bantuan Tunai RM 300. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan selama ini akan kekal diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan disalurkan lebih awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini.
Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Semak sini: Cuti Umum dan Cuti Sekolah Kalendar 2023
Semak juga: 12 Jan. Murid mula mendapat Bantuan Awal Persekolahan 2023 – MyInfokerja
Bantuan Keluarga Malaysia 2023
Berdasarkan Bajet 2023 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:
Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan
5 Anak atau lebih: RM2,500
1 – 4 Anak: RM1,000 – RM2,000
Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 – RM5,000
1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak): RM500 – RM1,250
Warga Emas Tiada Pasangan
RM600 (Bergantung Pendapatan)
Bujang
RM350 (Bergantung Pendapatan)
Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal
RM500 (Tambahan)
Untuk semakan permohonan dan info lanjut, rujuk BTR 2023 Bantuan Tunai Rakyat di sini.