Bantuan Tunai Rakyat (BTR) – Fasa 1
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) – Fasa 1, Kategori Isi Rumah Terima RM 300. Pada pembayaran BTR Fasa 1 kali ini, kategori isi rumah bakal terima RM 300. Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk artikel di bawah.
Pada pembayaran BTR Fasa 1 kali ini, kategori isi rumah bakal terima RM 300. Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk artikel di bawah. Bantuan,
KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BTR
Setakat ini Perdana Menteri hanya mengumumkan kategori berikut yang bakal terima Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 nanti
– Isi Rumah
– Bujang
BANTUAN TUNAI
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan inisiatif bantuan kerajaan terdahulu yang dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat. Bantuan Rakyat merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara berperingkat. Ia merupakan bantuan yang sama dengan BR1M, BSH, BPR dan BKM tetapi dengan jumlah bantuan yang berbeza-beza.
PEMBAYARAN BTR DISEGERAKAN
Menurut Perdana Menteri, bantuan tunai rakyat 2023 tersebut bakal memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini merupakan bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan lalu yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tetapi hanya nama sahaja yang berubah.
Selalunya pembayaran bantuan fasa 1 adalah pada bulan Mac setiap tahun, walau bagaimanapun dengan mengambil kira keperluan musim tengkujuh, Kerajaan bersetuju untuk menyegerakan pembayaran bantuan iaitu pada Januari 2023.
SYARAT KELAYAKAN
Disebabkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan yang diteruskan oleh kerajaan lalu iaitu (BKM), berkemungkinan besar syarat kelayakan adalah sama ataupun lebih kurang sahaja.
CARA BAYARAN
Sekiranya tiada perubahan mendadak, dijangkakan pembayaran adalah secara dan automatik ke akaun bank dan penebusan melalui kaunter BSN bagi yang tiada kad bank.
TARIKH BAYARAN
Setakat ini, pemakluman mengenai jadual bayaran BTR Fasa 1 bulan Januari belum dihebahkan. Walau bagaimanapun, dijangkakan bahawa pembayaran bakal dikreditkan seawal pertengahan bulan ataupun penghujung bulan Januari ini. Sebarang info mengenainya, akan dikemaskini dari masa ke masa.
Sebarang informasi terkini bakal di kemas kini. Disebabkan perkara ini baru sahaja diumumkan, dijangkakan permohonan baharu turut bakal dibuka pada awal 2023 kelak bagi pemohon yang tidak pernah atau gagal menerima BKM 2022 lalu.
Semak sini: E Pengeluaran KWSP – Cara Keluar Klik Sini
Semak juga: Bantuan Orang Tua RM 500 – Mohon Sini