Bantuan Tambahan RM600 dibayar secara automatik

Bantuan Tambahan RM600 dibayar secara automatik

Bantuan Tambahan RM600 dibayar secara automatik – Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Bantuan Tambahan RM600.

Bantuan Tambahan RM600 dibayar secara automatik

Tarikh Pembayaran
Bantuan ini nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.

Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan, Bantuan Tambahan ini akan diberikan dengan kadar RM100 sebanyak 6 Fasa iaitu bermula pada bulan Julai; Ogos; September; Oktober; November dan Disember 2023.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Bantuan Tambahan RM600
Selain bayaran asas STR untuk golongan B40 dan M40, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan Bantuan STR Tambahan dengan kadar yang ditetapkan.

STR Tambahan ini akan diberikan pada kadar RM600 bagi setiap penerima yang layak.

Berbeza dengan penerima STR asas, bantuan tambahan ini akan diberikan kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169 secara automatik.

Semak Juga: i-Sayang – Tarikh Dan Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Mohon Juga: Jawatan Kosong Malaysia Palm Oil Council (MPOC) Kini Dibuka

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment