BANTUAN TAMBAHAN RM500 2022

BANTUAN TAMBAHAN RM500 2022

Tarikh bayaran & semakan bantuan tambahan rm500 2022 terkini adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak. Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang. Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bantuan tambahan

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM500

Berikut adalah tarikh bayaran bantuan Tambahan rm500 2022 terkini bagi penerima yang layak: Semak di bawah ini.

Fasa 1: 28 Mac 2022
Peringkat 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Ogos 2022)
Fasa 3: Bermula 20 September 2022 Sehingga Akhir Bulan September 2022
Fasa 4: Disember 2022

SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM500

Berikut merupakan cara untuk melakukan kelayakan semakan Bantuan Tambahan rm500 2022 terkini:

Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia.

Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.

1. Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
3. Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
4. Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
5. Klik semakan status untuk semak status permohonan
6. Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan

bantuan tambahan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747 untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan. anda juga boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my

Leave a Comment