Bantuan Tambahan BKM
Bantuan Tambahan BKM akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.
Dan berikut merupakan maklumat lanjut tentang bayaran BKM Tambahan dan tarikh yang akan dibayar.
KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.
SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN
Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan:
- Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
- Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
- Klik semakan status untuk semak status permohonan
- Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan
Baca Juga: Pengeluaran Khas KWSP Umum Tentang Tarikh Bayaran Semakan Status Permohonan Yang LULUS
Jika tiada maklumat tentang bantuan BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.
TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN
Fasa 1: Mac 2022
Fasa 2: Jun 2022
Fasa 3: September 2022
Fasa 4: Disember 2022
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747