Bantuan STR Masuk Minggu Ini

Bantuan STR Masuk Minggu Ini

Bantuan STR Masuk Minggu Ini – Pengumuman tarikh pembayaran STR Fasa 2 adalah pada 5 April 2023 (Rabu). Ramai yang menantikannya.

Di bawah adalah beberapa maklumat yang kami terima mengenai tarikh dan jadual pembayaran.

Notis Penunaian Tunai STR – BSN Malaysia

Bantuan STR Masuk Minggu Ini

Bantuan STR

Semak Juga: Tarikh Dan Jumlah Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 

Mohon Juga: Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April

tarikh Pembayaran STR Fasa 2
Untuk makluman anda, penerima yang layak akan menerima 4 pembayaran STR pada tahun 2023.

Berikut adalah jadual pembayaran:

Januari (Fasa 1)
April (Fasa 2)
September (Fasa 3)
Disember (Fasa 4)
Untuk Fasa 2, STR akan diedarkan kepada penerima mulai 5 April 2023.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RM1.26 bilion diperuntukkan untuk pengagihan.

Untuk Bujang STR pula, penerima hanya boleh meneruskan dalam Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.

Jumlah STR Fasa 2
Jumlah bayaran untuk Fasa 2 telah dikemas kini di Portal Belanjawan 2023 dan jumlahnya adalah seperti berikut:

Bantuan STR

Kategori Isi Rumah

– Pendapatan Bulanan RM2500 dan ke bawah: RM200
– Pendapatan bulanan RM2500 – RM5000 : RM200

Kategori Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas

– Pendapatan bulanan RM5000 dan ke bawah: RM100
Bujang 21-59 Tahun

Pendapatan RM2500 dan ke bawah: RM100
Bujang OKU berumur 19-59 tahun

Pendapatan bulanan RM2500 dan ke bawah : RM100

Cara Semak STR Fasa 2
Bagi mereka yang memohon dan kemaskini STR pada Mac tahun ini, anda kini boleh menyemak sama ada status permohonan anda telah diterima atau perlu merujuk kepada LHDN.

Kaedah semak adalah seperti berikut:

-Sila layari laman web rasmi: https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
-Isikan nombor ID anda.
-masukkan kod pengesahan.
-Klik Semak.
-Status permohonan anda akan dipaparkan.

Maklumat lanjut
Ada soalan tentang bantuan ini?

Sila hubungi talian hotline STR

03-8882 4565

Leave a Comment