Bantuan STR Fasa 4, Tarikh STR Fasa 4 Telah Diumumkan
Bantuan STR Fasa 4, Tarikh STR Fasa 4 Telah Diumumkan. Adakah tarikh untuk STR Fasa 4 telah diumumkan oleh kerajaan? Ramai yang menanti bantuan terbaru untuk fasa terbaru ini. Adakah akan diawalkan tarikh pembayaran? Jom semak maklumat penuh di bawah.
Lihat sini: 138 KEKOSONGAN JURURAWAT GRED U41 OGOS 2023
Baca juga: Info Terkini Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Perdana Menteri
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
Kerajaan juga telah memberi Bantuan STR Fasa 4 Tambahan SARa bernilai RM600 khas kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar.
Bayaran bantuan tunai kerajaan MADANI bagi golongan b40, m40 & golongan miskin telah dinamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Jumlah STR Bagi Fasa 4
Amaun jumlah pembayaran STR Fasa 4 adalah seperti berikut :
Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah:
– Tiada anak = RM200
– 1 – 2 anak = RM600
– 3 – 4 anak = RM900
– 5 orang anak = RM1200
Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
– Tiada anak = RM0
– 1 – 2 anak = RM0
– 3 – 4 anak = RM300
– 5 orang anak = RM500
Warga emas (60 tahun ke atas) RM200
Bujang 21-59 tahun RM0
Bujang kurang upaya (OKU) (19-59 tahun) RM0
Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4
Bilakah tarikh rasmi pembayaran untuk Bantuan STR Fasa 4? Adakah akan diawalkan pembayaran seperti yang digembar-gemburkan
oleh sesetengah media?
Tarikh rasmi masih lagi belum diumumkan. Tetapi yang pastinya bayaran akan diagihkan pada bulan November 2023 ini.
Ramai berharap agar bantuan ini dapat diawalkan kepada bulan September.
Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat mulai November 2023
Seperti sebelum ini, bayaran tunai bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
Manakala tanpa akaun bank atau status tidak aktif, pembayaran STR akan ditukar secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 4 & login boleh dilakukan secara online di portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
STR Tambahan SARA
Bantuan ini disediakan bagi membantu golongan miskin tegar menghadapi kenaikan kos sara hidup.
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah skim pembiayaan tambahan yang diperkenalkan kerajaan semasa
pembentangan Bajet 2023.
Hanya isi rumah di bawah kemiskinan tegar yang disenaraikan dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU) Canselori layak mendapat STR tambahan ini.
RM600 akan dibayar dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas.
Info Terperinci
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status STR Fasa 4, layari laman web STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/ atau hubungi
LHDNM berhampiran atau hubungi talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747