Bantuan SARA Bujang 2025 Akan Terima RM600

Bantuan SARA Bujang 2025 Akan Terima RM600

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Menteri Kewangan, telah membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada jam 4 petang tadi.

Dengan tema ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’, belanjawan ini merupakan yang ketiga di bawah kerajaan MADANI pimpinan Anwar dan merupakan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025), sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13. Belanjawan ini juga menawarkan pelbagai inisiatif untuk semua golongan, termasuk petani, nelayan, pekebun kecil, pekerja harian, generasi muda yang mencari pekerjaan, suri rumah, dan pekerja gig.

Dalam konteks kos sara hidup yang semakin meningkat, rakyat berharap agar Belanjawan 2025 menyediakan langkah baharu seperti insentif cukai, bantuan tunai bersasar, dan subsidi harga barang keperluan asas untuk membantu meringankan beban harian mereka.

Baca Juga: Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024 Kini Dibuka

Langkah Utama dalam Belanjawan 2025

Yuran Sekolah Asrama dan Perkhidmatan Kesihatan

Keluarga dalam kategori T15 yang menghantar anak ke sekolah asrama atau SBP akan dikenakan kenaikan yuran, begitu juga ketika mendapatkan perkhidmatan di hospital. Ini bertujuan untuk membantu golongan lain yang lebih memerlukan.

Peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bantuan SARA Bujang 2025

Pada tahun 2025, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 13 bilion ringgit, lebih tinggi berbanding 10 bilion ringgit tahun sebelumnya, yang akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, merangkumi 60% populasi dewasa negara. 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak 100 ringgit sebulan, meningkat daripada 700 ribu penerima pada tahun ini.

Bantuan SARA ini akan dikreditkan ke dalam MyKAD bermula April 2025, dan boleh digunakan di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara untuk membeli barangan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan.

Bantuan untuk Golongan Miskin

Bantuan untuk rakyat miskin akan ditingkatkan, dengan kadar maksimum yang diterima isi rumah dinaikkan kepada 4,600 ringgit, berbanding 3,700 ringgit sebelum ini. Ini adalah peningkatan tertinggi yang pernah diberikan kerajaan bagi menangani kos sara hidup.

  • Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600 ringgit sebulan, berbanding 500 ringgit sebelum ini.
  • Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan:
  • Dari 200 ringgit kepada 250 ringgit bagi kanak-kanak di bawah usia 6 tahun.
  • Dari 150 ringgit kepada 200 ringgit bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 18 tahun, dengan kadar maksimum 1,000 ringgit bagi setiap keluarga.

Bayaran STR Fasa 4 bagi tahun 2024 akan mula disalurkan kepada penerima bermula 7 November, melibatkan peruntukan sebanyak 1.7 bilion ringgit.

Bantuan SARA Bujang 2025

*Terima kasih PMX! Bantuan SARA Bujang 2025

Leave a Comment