Pendaftaran SPRN (TEDUH) Sistem Pengurusan Rumah Negara (Rumah Ikram Keluarga Malaysia)
Inisiatif ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan November 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
TUJUAN
- Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19; dan
- Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat;
PROJEK
Projek yang terlibat adalah seperti berikut:
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR Kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg. Melana 2, Johor
Ciri-ciri PPR:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-Syarat Permohonan
Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah :-
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
- Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
Sesiapa yang ingin memohon bantuan ini hendaklah mendaftar secara online di SPRN
- Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
- Klik “Daftar Akaun”
- Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan.
- Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan.
- Antara skim bantuan yang boleh anda boleh di bawah SPRN termasuklah:
– Skim MyHome
– Skim Rumah PPR
– Skim Rumah Transit
– Skim Rumah Ikram Keluarga Malaysia
Cara Memohon
Untuk makluman, semua permohonan hendaklah dibuat secara online, lihat kronolgi cara memohon di sini.
Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web TEDUH di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih