BANTUAN RM600 DIKREDITKAN DALAM MYKAD
BANTUAN RM600 DIKREDITKAN DALAM MYKAD – Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.
Bagi Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –
Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu sebuah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 yang berkelayakan.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan STR Tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kadar SARA yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 yang diberikan kepada ketegori penerima STR sedia ada berikut:
– Warganegara Malaysia;
– Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
– Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kaedah Pelaksanaan
Untuk makluman, pelaksanaan SARA akan dibuat secara kredit ke MyKad penerima. Mereka yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
Berkenaan dengan kaedah lebih lengkap, ini adalah maklumatnya:
1. Penerima daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
2. Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Bayaran RM600 sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.
Semak Juga: Jawatan Kosong Di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Tahun 2023
Baca Juga: Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah SARA
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. BANTUAN RM600 DIKREDITKAN DALAM MYKAD