Bantuan RM600 Dibuka Hingga 31 Oktober
Permohonan bagi Bantuan RM600 dibuka sehingga 31 Oktober ini. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, jumlah bantuan BMT ini adalah berjumlah RM 600 dan akan dibayar dalam 2 peringkat.
Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2022 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022.
Semak Sini: TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500
Semak Juga: e-Pengeluaran KWSP Mengikut Syarat Tahun 2022
Bantuan RM600
Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan musim tengkujuh.
Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada pekebun yang tercicir untuk menerima bantuan tersebut.
Setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran Bantuan RM600.
Walau bagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu, PERINGKAT 1 – NOVEMBER (RM 300) & PERINGKAT 2 – DISEMBER (RM 300).
Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.
Untuk pengetahuan tarikh permohonan telah pun ditutup pada September lepas. Walau bagaimanapun, rayuan permohonan BMT ini akan dibuka bermula
16 September hingga 31 Disember 2022 ini.
RAYUAN PERMOHONAN BANTUAN
Terdapat 2 cara untuk membuat semakan Bantuan RM600 dan Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut:
– Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
– Geran asal tanah dan salinan
– Salinan buku akaun bank yang aktif
2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut
– Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
– Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
-Salinan geran lot yang ditoreh
– Salinan buku akaun bank yang aktif
– Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
– Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
Permohonan Bantuan RM600 boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian. (03-4251 0171)
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. (Bantuan RM600)
https://pekebunkecilmakmur.com.my/