Bantuan RM600 BMT 2022 Terkini. adalah Salah satu bantuan yang disalurkan adalah melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Bantuan BMT RM600 disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan para pekerja.
Lihat Juga : Cara Semak UPU Secara Online Untuk Tahun 2022 & 2023
Lihat Juga : Permohonan i-Saraan KWSP & Manfaat
Bantuan RM600 BMT
Bantuan RM600 BMT adalah (BANTUAN MUSIM TENGKUJUH). Bantuan BMT Rm600 ini juga adalah bantuan tahunan yang diberikan oleh pihak RISDA untuk meringankan beban para pekebun yang ketiadaan sumber pendapatan akibat musim tengkujuh yang melanda.
Pemberian bantuan sebanyak RM600 ini biasanya akan disalurkan melalui 2 Fasa. Ianyanya sama juga seperti pembayaran BMT rm600 thun 2021 yang lepas.
Bagi jumlah keseluruhan bantuan bmt ini adalah berjumlah RM 600.
Walau bagaimanapun, pembayaran akan melalui 2 Fasa.
Oleh itu, penerima yang layak akan menerima bantuan RM 300 untuk setiap fasa pembayaran.
CARA PERMOHONAN BMT
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RM600 BMT ini boleh dilaksanakan melalui laman web rasmi RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
Pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen penting untuk memudahkan urusan permohonan. Antaranya adalah Salinan Kad Pengenalan pemohon dan asal, Salinan buku akaun bank yang masih aktif, dan Geran asal tanah dan salinan.
SYARAT KELAYAKAN BMT
Untuk anda yang masih tertanya-tanya apa syarat kelayakan untuk bantuan bmt rm600 ini. Semak maklumat lanjut seperti di bawah ini sebelum membuat permohonan bmt rm600 ini.
1. PEKEBUN KECIL RISDA
Warganegara Malaysia.
Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
Pemilik tanah yang sah.
Seorang penerima sahaja untuk 1 lot.
2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK
Warganegara Malaysia
Penoreh bukan pemilik tetapi berdaftar dengan RISDA
Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
Pengesahan pemilik tanah yang sah
1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
Mempunyai PAT-G
TARIKH PERMOHONAN BMT
Bagi tarikh permohonan bantuan rm600 bmt ini dibuka bermula 5 Mei sehingga 15 September 2022 nanti.
Pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh amat digalakkan untuk membuat permohonan secepat mungkin agar pembayaran dilaksanakan dengan lebih awal.