Bantuan RM5000 BSS Tahun 2023

Bantuan RM5000 BSS Tahun 2023 – Bantuan BSS RM 5000 Tahun Hadapan

Bantuan RM5000 BSS Tahun 2023 – Bantuan BSS RM 5000 Tahun Hadapan. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Sihat Selangor Bantuan RM5000 BSS yang telah diperkenalkan sejak tahun 2009 oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023 berkata, pihak Kerajaan Selangor akan meneruskan bantuan ini pada tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Melaluinya, golongan yang kurang berkemampuan akan diberikan bantuan kewangan sehingga RM5,000 untuk menampung kos rawatan kesihatan seperti dialisis buah pinggang, pembedahan katarak mata, pembedahan kecil, rawatan kanser, talasemia serta bantuan alatan perubatan.

Bantuan RM5000 BSS

Syarat-syarat Kelayakan

– Lahir di Negeri Selangor atau Bermastautin melebihi 10 tahun;
– Pendapatan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM3,000;
– Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak;
– Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU);
– Rawatan bagi Katarak Mata, Kanser, Pembedahan Kecil dan lain-lain rawatan perubatan hanya dilaksanakan di Hospital Kerajaan sahaja;
– Permohonan bantuan Pembedahan Kecil dan Katarak Mata perlu memohon sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan;
– Tuntutan Bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan;
– Permohonan berkaitan Kos Perjalanan dan Sumbangan Kewangan tidak dipertimbangkan;
– Penjawat Awam dan Keluarga Pegawai seperti takrifan di dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009 tidak dapat dipertimbangkan;
– Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan sekali sahaja setiap tahu;
– Pemohon yang mendapat kelulusan PEKA B40 tidak akan dipertimbangkan;
– Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan.

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BSS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Bantuan Sihat Selangor.

Bagaimanapun, permohonan bagi tahun 2022 telah pun ditutup pada 30 September lalu.

Permohonan baru BSS akan dibuka semula pada tahun hadapan selaras dengan pelaksanaan Belanjawan Selangor 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan Bantuan RM5000 BSS ini, sila rujuk DI SINI, manakala maklumat lebih tepat berkenaan Belanjawan Selangor 2023 DI SINI.

Bantuan RM5000 BSS

Baca Sini: Cara Mohon Bantuan Sehingga RM 5000 Untuk Mulakan Perniagaan.

Leave a Comment