Bantuan RM500 setiap bulan untuk rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas
Bantuan RM500 setiap bulan untuk rakyat Malaysia – BWE pada asasnya melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap bulan kepada mereka yanh berkelayakan.
Tujuan utama BWE adalah merupakan bantuan kepada warga emas bagi mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah apabila Bantuan Warga Emas (BWE) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
-Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
-Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
-Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
-Warga emas yang bukan tinggal di:
Bantuan RM500 setiap bulan untuk rakyat Malaysia
Mohon Juga:
Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Pada Tahun 2023
Institusi kendalian JKM; atau
Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon:
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan ketika mengemukakan permohonan.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Laman Web Rasmi JKM – DI SINI.