Bantuan RM200 One-Off Untuk Kanak-Kanak
Bantuan RM200 One-Off Untuk Kanak-Kanak- iSejahtera merupakan sistem yang dibangunkan bagi melancarkan pengurusan pengagihan pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.
Antara bantuan yang disalurkan melalui iSejahtera ialah Penghargaan Warga Emas, Bantuan Ibu Tunggal, Bantuan Orang Kurang Upaya, Bantuan Warga Emas dan Bantuan Teksi & Bas Sekolah.
Bantuan RM200 Anak Emas
Bantuan Anak Emas melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM200 sebagai ‘One-Off’ kepada mereka yang layak.
Bantuan RM200 One-Off Untuk Kanak-Kanak
Bantuan RM200 One-Off Untuk Kanak-Kanak
Syarat Permohonan Bantuan RM200 Anak Emas
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon Bantuan Anak Emas RM200:
Kanak-kanak tersebut mestilah warganegara Malaysia.
Pendaftaran hendaklah dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
Salah seorang ibu bapa kepada anak yang dilahirkan itu perlu berdaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih di Negeri Pulau Pinang.
Cara Memohon Bantuan Anak Emas RM200
Berikut adalah cara memohon Bantuan Anak Emas RM200:
Pendaftaran secara online boleh dilakukan di laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/
Pendaftaran secara manual boleh dilakukan dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan secara percuma dan boleh didapati di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat Adun/Parlimen atau Pejabat Masyarakat Pengasih, Aras 46 KOMTAR dan mengembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
MOHON JUGA: Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tahun 2023
Pengeluaran KWSP Minimum RM3,000 Telah Dibenarkan!
Senarai Dokumen Sokongan yang Perlu Dilampirkan:
Salinan Sijil Kelahiran anak.
Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan dalam talian dengan jelas menunjukkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuat naik adalah akaun bank yang aktif.
Semakan salinan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Semakan Status Permohonan Bantuan Anak Emas RM200
Semakan status permohonan Bantuan Anak Emas RM200 boleh dilakukan melalui sistem iSejahtera atau menghubungi Pejabat Komuniti Pengasih di talian 04-650 5699 / 5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing
Mengenai tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas 30 Jun akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya.
Join telegram:
https://t.me/portalsemakanmalaysia
https://t.me/semakanMy
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.