Bantuan RM1000 Sebulan Tahun 2022 Mohon Skim Kanak-Kanak

Bantuan RM1000 Sebulan Tahun 2022 Mohon Skim Kanak-Kanak

Bantuan RM1000 Sebulan Tahun 2022 Mohon Skim Kanak-Kanak. anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

Tahukan anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah Bantuan RM1000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Baca Lagi : Bantuan RM 600 Kini Dibuka Untuk Permohonan

Kriteria Kelayakan Khusus

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia layak untuk memhon Bantuan RM1000.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Bantuan RM1000

CARA MEMOHON

Berikut dikongsikan cara memohon Bantuan RM1000 BKK 2022 :-

Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih
4. Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN”

Pejabat JKM

1. Pergi ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan BKK
2. Bawa dokumen ini bersama anda:
Salinan kad pengenalan pemohon
Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
3. Pastikan bawa bersama borang berikut:
Borang permohonan bantuan – KLIK SINI
Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu – KLIK SINI

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan.

Bantuan RM1000

Lihat Di Sini : Semakan Keputusan UPU Julai 2022 Lepasan SPM Terkini

Leave a Comment