Bantuan RM1000 Akan Dikreditkan

Bantuan RM1000 Akan Dikreditkan Pada Awal Bulan Hadapan

Bantuan RM1000 Akan Dikreditkan – Ini Dikreditkan Pada Bulan Hadapan. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri berdasarkan Belanjawan Negeri masing-masing seperti mana yang telah dibentangkan di pada bulan Disember lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Bantuan RM1000 kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM1000

Semak sini: Bantuan RM 800 Telah Diumumkan tarikh pembayarannya

Semak juga: Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Pada Tahun 2023

Bantuan Kewangan RM1,000

Bantuan RM1000. Pada Disember 2022, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah gaji kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri.

Mereka yang layak menerima adalah termasuk anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

BKK untuk kali pertama sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 telah pun dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

Manakala, BKK kali kedua pula mula dibayar pada 29 Disember 2022 dengan jumlah sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

Bagi BKK kali ketiga, insentif sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 berkeaan akan dibayar pada bulan Februari 2023 untuk meringankan beban penjawat awal dalam menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan Mac.

Amirudin Shari dalam ucapannya berkata, bantuan khas berkenaan itu adalah bertujuan untuk menghargai khidmat cemerlang serta komitmen penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan kerajaan negeri kekal berkesan.

“Pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian BKK yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM),” katanya.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment