Permohonan Bantuan RM1000 2022 Bagi Golongan Bujang

Bantuan Rm1000 2022

Pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan Rm1000 2022 terkini untuk mereka Golongan Bujang (BELIA) yang berumur dari 18 hingga 30 tahun.

Untuk makluman, setiap majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk memohon insentif sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan.

Sehubungan dengan itu, insentif ini memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Bantuan Rm1000 2022

Lihat Juga Semakan & Tambah Duit Dalam Akaun ASNB Secara Online

Mohon & Tebus Bantuan E-Wallet RM150

Semakan Tarikh Pembayaran Rayuan BKM Yang Lulus

Cara Memohon Bantuan Rm1000 2022

Bantuan Rm1000 2022

Untuk membuat permohonan ini, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (online) melalui portal rasmi PERKESO di

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs – klik DI SINI

Sumber: Salamkerjaya.com

Syarat Kelayakan Bantuan Rm1000 2022

Dalam program Penjana Kerjaya ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

Maklumat Bantuan Rm1000 2022

Antara insentif / bantuan yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program ini adalah:

  1. Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  2. Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
  3. Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
  4. Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
  5. Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif
  • Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

Tujuan Bantuan

Objektif insentif & bantuan ini adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur/belia yang tidak mempunyai kerja tetap.

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan Rm1000 2022 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Follow Telegram :

Portal Semakan

Leave a Comment