Bantuan RM 60,000 Untuk Bina Rumah – Semak Sekarang
Bantuan RM 60,000 Untuk Bina Rumah . Melalui Skim Pinjaman Perumahan (SPP), ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dengan bantuan / pinjaman yang ditawarkan hingga RM 60,000.
Usaha ini dapat untuk meningkatkan taraf kehidupan kepada golongan yang layak.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON
– Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
– Berumur 21 hinggga 70 tahun
– Bekerja dan mempunyai pendapatan
– Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
– Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
– Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM 1,000 hingga RM 3,000 sebulan
– Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
SYARAT PINJAMAN
Had Pinjaman Maksimum RM 60,000 (tidak termasuk perlindungan insuran)
Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau hingga umur 70 tahun
Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman
Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA
Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM 1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
SYARAT CAGARAN TANAH
Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman
Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut
Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri
SYARAT PEMBINAAN RUMAH
Rumah kos rendah
Keluasan tanah 700 – 1,000 kaki persegi
Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oeh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja
Pemohon tidak boleh menggunakan pelan sendiri
Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
Perlantikam kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut
Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah
Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM 5,000
Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
SUMBER PINJAMAN
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP)
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Bahagian Pengurusan Perumahan, Cawangan Pembiayaan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan,
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Nombor Telefon : 03-8891 4060,4049,4048
Faks : 03-8891 4269
Emel : [email protected]
Semak Juga: Permohonan Bantuan JKM 2023 Yang Akan Dikreditkan Semakan Status
Mohon Juga: Pengeluaran Khas KWSP Sebelum Aidilfitri sehingga RM30,000
Join Telegram:
https://t.me/portalsemakanmalaysia
https://t.me/ffnlhRhfCollection
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Bantuan RM 60,000 Untuk Bina Rumah – Semak Sekarang