Bantuan RM 500 Setiap Bulan: Kelayakan Dan Cara Mohon

BANTUAN RM 500

Bantuan RM 500 setiap bulan yang Kerajaan umumkan beserta syarat kelayakan dan panduan permohonan khas untuk bantuan orang tua atau warga emas.

  • Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak untuk menerima bantuan yang dimohon.
  • Sebagai contoh, pemberian bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat meliputi seluruh golongan termasuklah kanak-kanak, warga tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

BANTUAN RM 500

Kerajaan Beri Bantuan RM 500 Kepada Rakyat Malaysia Yang Layak

Tarikh Dan Cara Permohonan i-Lindung KWSP 2022

MANFAAT BANTUAN ORANG TUA

Warga emas adalah golongan yang sepatutnya masyarakat hargai dan tolong.

  • Meringankan beban warga tua lebih-lebih yang tinggal bersendirian tanpa keluarga disisi.
  • Tidak perlu keluar untuk mencari wang untuk mengisi perut seharian.

BANTUAN RM 500

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Tinggal di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas tidak tinggal di insitiusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
  • Berpendapatan tidak melebih Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita

PANDUAN PERMOHONAN

Berikut ialah panduan untuk anda membuat permohonan bantuan di atas

LANGKAH 1

1. Layari laman web JKM untuk pendaftaran ebantuanjkm.jkm.gov.my

2. Kik butang Daftar Permohonan Atas Talian

3. Anda atau wakil perlu isi dua bahagian iaitu A dan B

4. Setelah selesai, pastikan butiran yang diisi tepat seterusnya klik butang ‘Keputusan’

LANGKAH 2

5. Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang anda sudah mohon dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan dalam talian (LANGKAH 1)

6. Anda perlu hadir bersama borang permohonan yang anda boleh muat turun dan isi di bawah
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

JUMLAH BANTUAN ORANG TUA

Berikut ialah jumlah bantuan yang akan diterima :

  • Penambahan bantuan daripada RM 350 kepada RM 500 kepada warga tua yang layak.
  • Penerima yang layak, anda akan menerima bantuan RM 500 setiap bulan atau RM 6,000 untuk setahun.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Anda atau wakil haruslah membawa beberapa dokumen yang dikehendaki seperti di bawah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendaftaran jika bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air atau bil elektrik
  • Apa-apa jenis dokumen yang anda rasa perlu dibawa

Maklumat Penuh Bantuan Raya 2022 Untuk Semua Negeri Malaysia

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan rm 500 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment