Bantuan Rakyat Yang Bergaji RM1000
(Bantuan Rakyat Yang Bergaji RM1000) – Permohonan Bantuan Untuk Rakyat Yang Bergaji RM 1,000, Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP, Syarat Kelayakan, Institut Kewangan‘.
SEMAKAN BANTUAN RAKYAT
Berita baik kepada rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kekurangan pendapatan tetapi menginginkan sebuah rumah sendiri untuk keluarga.
Dengan hanya bergaji RM 1,000 anda boleh memiliki rumah sendiri jika layak permohonan. Inisiatif ini dilancarkan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) Berhad yang juga syarikat milik penuh oleh Kementerian Kewangan.’
Syarikat ini ditubuhkan untuk membantu mengatasi masalah kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap seperti yang bekerja sendiri. SJKP akan membantu mereka untuk dapatkan kemudahan kewangan bagi pembelian rumah.
Skim ini merupakan satu skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai pendapatan tidak tetap.
Skim ini merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daraipada terjual atau lelongan.
Berikut ialah syarat kelayakan untuk permohonan SJKP : – Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Mempunyai punca pendapatan yang tidak tetap seperti peniaga kecil, pemandu teksi, petani dan sebagainya.
Pinjaman bersama dibenarkan dan Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami. Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
Pendapatan purata kasar minima RM 1,000 sebulan dan Bermastautin di dalam lingkungan 20 km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat. Selain itu, Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar dan Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini serta Tiada rekod-rekod negatif bagi tempoh 24 bulan terkini).’
Berikut ialah senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SJKP :- (Agro Bank, AmBank / Islamic, Affin Bank / Islamic, Alliance Bank / Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Hong Leong Bank / Islamic, Maybank / Islamic)
PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT BERGAJI RM1000
Berikut ialah proses-proses permohonan di bawah :- Mengenalpasti rumah yang diingin beli dan mendapatan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan seperti Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK), Penghulu atau wakil terpilih.
Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami isteri mempunyai sumber kewangan berasingan. Untuk kakitangan, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF/KWSP.
Sediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan atau lain-lain dokumen sokongan untuk menyokong juak beli. Permohonan dilakukan bukan terus ke pejabat SJKP tetapi melalui senarai cawangan insitusi / bank di atas.
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan diperlukan, anda boleh hubungi SJKP pada saluran berikut :- Telefon : 03-2096 5000, Faks : 03-2096 5090, E-mel : [email protected]. – (Bantuan Rakyat Yang Bergaji RM1000).
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.