Bantuan Program Baucar RM200 Kepada yang Layak – Myinfokerja
Bantuan Program Baucar RM200 Kepada yang Layak – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan 2023 Terengganu berkata, pemberian baucar bernilai RM200 itu adalah bertujuan untuk penjagaan wanita selepas bersalin.
Bantuan ini nanti dijangka akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 wanita (bersalin) yang layak di negeri berkenaan.
βIa sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu menjayakan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030 yang dilancarkan baru-baru ini,β kata Ahmad Samsuri di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, November 2022 lalu.
Bantuan Program Baucar RM200 Kepada yang Layak
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah Baucar Pekej Berpantang yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Belanjawan 2023 negeri berkenaan.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri turut bersetuju menaikkan kadar Skim Pertama Sejahtera bagi bayi yang baru lahir di negeri berkenaan.
Sumbangan tabung pendidikan di bawah skim itu akan dinaikkan kepada RM200 bagi kelahiran anak pertama dan kedua, anak ketiga hingga kelima (RM300) dan anak keenam hingga kesepuluh (RM500).
Selain itu, Kerajaan Terengganu juga meluluskan bantuan kewangan RM150 kepada para pengawal keselamatan di negeri berkenaan.
Bantuan itu ialah bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berkenaan dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 pengawal keselamatan di Terengganu.
Baca Juga: i-Akaun KWSP, Semak Baki Online (Akaun 1 & 2)
Kaji implikasi subsidi, PM beri Tempoh dua minggu – Baca info Lanjut di sini!