INFO: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa Ketiga

Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 Tertakluk Kepada Makluman Dari

Semasa ke Semasa

Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Ketiga yang telah dijanjikan pada Bulan September telah DITUKAR kepada menunggu makluman lanjut

Berikut adalah jadual pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 serta maklumat nilai jumlah bantuan kewangan yang akan diterima oleh pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan dan kemaskini maklumat mereka disahkan berjaya.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

jadual bpr 1

APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

  • Bantuan Prihatin Rakyat 2021 adalah mensasarkan golongan B40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Pemohon yang layak boleh membuat permohonan semasa tempoh pendaftaran secara dalam talian atau hadir ke Cawangan LHDNM
  • Penambahbaikan BPR telah diumumkan pada 17 Mac 2021, di bawah pakej PEMERKASA

Syarat kelayakan

Kategori kelayakan untuk BPR 2021 adalah seperti berikut:

1. Isi Rumah

  • Berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • Bujang termasuklah Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas

2. Bujang

  • Bujang atau Ibu ataupun Bapa Tunggal / Balu Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur:
  1. 21 tahun sehingga 59 tahun; atau
  2. 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kriteria Kelayakan

Untuk memeohon BPR 2021, perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori iaitu:

A. Isi Rumah

1. Permohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang tinggal menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga serta tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar
  • bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah

2. Pasangan

  • Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
  • Merupakan Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

3. Anak (Sekiranya mempunyai anak)

  • Hubungan dengan anak mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan
  • Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Merupakan Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan Dikeluarkan oleh: Lembaga Hasil Dalam
  • Negeri Malaysia (LHDNM)
  • Anak adalah tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  • Had umur:
  1. 17 tahun dan ke bawah; atau
  2. 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

Bujang

  • Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Mempunyai Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur:
  1. 21 tahun hingga 59 tahun; atau
  2. 18 tahun sehingga 59 tahun untuk ketegori OKU

 

Maklumat lanjut

Untuk info lanjut tentang bantuan Prihatin Rakyat Fasa Ketiga ini, anda boleh rujuk di sini.

Layari portal BPR di sini.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment