Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 akan mula menerima bantuan esok (Selasa)
Seramai 3.6 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 termasuk mereka yang diluluskan permohonan rayuan bakal menerima bantuan itu, mulai Selasa ini.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?
- Bantuan Prihatin Rakyat 2021 adalah mensasarkan golongan B40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
- Pemohon yang layak boleh membuat permohonan semasa tempoh pendaftaran secara dalam talian atau hadir ke Cawangan LHDNM
- Penambahbaikan BPR telah diumumkan pada 17 Mac 2021, di bawah pakej PEMERKASA
Intipati kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- Bantuan yang melibatkan nilai RM2.82 bilion itu dijangka selesai dikreditkan ke dalam akaun penerima isi rumah dalam tempoh tiga hari sehingga 30 September ini.
- Untuk Fasa 3 ini, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300.
- “Ini termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak,” katanya.
- Ismail Sabri berkata, pembayaran Fasa 3 itu adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan bagi meringankan beban mereka.
- Beliau berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.
Syarat kelayakan
Kategori kelayakan untuk BPR 2021 adalah seperti berikut:
1. Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
- Bujang termasuklah Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas
2. Bujang
- Bujang atau Ibu ataupun Bapa Tunggal / Balu Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur:
- 21 tahun sehingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU
Kriteria Kelayakan
Untuk memeohon BPR 2021, perlulah memenuhi kelayakan berdasarkan kategori iaitu:
A. Isi Rumah
1. Permohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang tinggal menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga serta tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar
- bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah
2. Pasangan
- Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Merupakan Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
3. Anak (Sekiranya mempunyai anak)
- Hubungan dengan anak mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan
- Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Merupakan Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan Dikeluarkan oleh: Lembaga Hasil Dalam
- Negeri Malaysia (LHDNM)
- Anak adalah tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
- Had umur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Bujang
- Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Mempunyai Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun untuk ketegori OKU
Maklumat lanjut
Untuk info lanjut tentang bantuan Prihatin Rakyat Fasa Ketiga ini, anda boleh rujuk di sini.
Layari portal BPR di sini.
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!