Bantuan Prihatin Rakyat 2021: Kadar Bayaran Dan Kategori Permohonan

Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Pada sidang parlimen yang lalu adalah sidang parlimen yang sangat di tunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, seluruh Malaysia tertumpu kepada pembentangan bajet 2021 oleh Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Pada pembentangan bajet yang lalu bermacam bantuan dan initiatif yang kerajaan sediakan untuk tahun 2021. Salah satunya ialah Bantuan Prihatin Rakyat.

Ia adalah salah satu bantuan yang sangat di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Ini kerana, dengan adanya bantuan sebegini ia sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit beban yang di alami oleh rakyat di negara kita. Terutama sekali mereka yang tinggal di bandar besar yang sedang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Apa Yang Di Maksudkan Dengan Bantuan Prihatin Rakyat 2021??

Pada tahun hadapan kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan Bantuan Sara Hidup sebelum ini dengan dangan Bantuan Prihatin Rakyat. Tujuan tetap sama iaitu memberi bantuan kewangan secara one off kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah untuk menampung perbelanjaan mereka.

Menurut Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 bakal memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM 6.5 billion berbanding dengan Bantuan Sara Hidup sebelum ini yang hanya memanfaatkan 4.3 juta penerima dengan peruntukan hanya RM 5 billion

Bantuan Prihatin Rakyat Mempunyai Penambahbaikan Berbanding Bantuan Sebelum Ini

Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Untuk bantuan kali ini, kerajaan telah melakukan sedikit penambahbaikan berbanding bantuan sebelum ini. Antaranya ialah:

Kategori umur penerima bujang diturunkan kepada 21 tahun dan ke atas berbanding 40 tahun
Purata pendapatan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM2,500
Penambahbaikan juga turut dilaksanakan bagi isi rumah di mana sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada purata gaji RM4,000 dan kini dinaikkan kepada RM5,00

Baca Juga 4 Cara Awesome Untuk Login UITM Student Portal

Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Sama seperti Bantuan Sara Hidup Sebelum ini, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 mempunyai kadar bayaran yang berbeza bagi setiap kategori. Antaranya:

INDIVIDU BUJANG

Individu bujang juga tidak terkecuali untuk mendapat Bantuan Prihatin Rakyat 2021 ini. Malah, dengan pengumuman oleh menteri kewangan sebelum ini sangat menggembirakan individu bujang.

Jika sebelum ini hanya individu bujang berumur 40 tahun ke atas sahaja menerima BSH, namun kini kadar umur dikurangkan sehingga 21 tahun. Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2500 dan berumur 21 tahun ke atas akan menerima BPR sebanyak RM350.

ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500

Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 akan menerima bantuan seperti berikut:

1 orang anak: RM1,200
2 orang anak atau lebih: RM1800

ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 ~ RM4000

Isi rumah yang berpendapatan RM2501 hingga RM4000 akan menerima bantuan seperti berikut:

1 orang anak: RM800
2 orang anak atau lebih: RM1200

ISI RUMAH PENDAPATAN RM4001 ~ RM5000

Isi rumah yang berpendapatan RM4501 hingga RM5000 akan menerima bantuan seperti berikut:

1 orang anak: RM500
2 orang anak atau lebih: RM750

Bilakah Tarikh Permohonan Akan Di Buka Dan Tarikh Pembayaran Mula Di buat??

Buat masa kini, belum ada apa-apa pengumuman tarikh yang tepat mengenai permohonan Bantuan Prihatin Rakyat. Tetapi di jangka permohonan akan mula di buka pada bulan Januari 2021 dan pembayaran di jangka akan mula di buat sebelum Aidilfitri 2021.

Namun begitu, dari semasa ke semasa anda boleh mendapatkan maklumat mengenai Bantuan Prihatin Rakyat 2021 di media sosial:

Website

Website LHDN

Facebook

Page Rasmi LHDN

Page Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

Dengan Pemberian Bantuan Prihatin Rakyat Dapat Membantu Kewangan Masyarakat Di Negara Kita

Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Kesimpulanya, dengan adanya Bantuan Prihatin Rakyat 2021, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat negara kita. Terutama sekali mereka yang kurang bernasib baik dan meraka yang berpendapatan rendah. Secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan yang di alami oleh Masyarakat di nagara kita.

Justeru itu, bagi kita yang layak dan bakal menerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 nanti, gunakalah bantuan tersebut dengan sebaiknya. Walaupun ia adalah secara one-off tetapi ia dapat membantu anda dalam mengurangkan lagi masalah kewangan anda. Lebih-lebih lagi, jika kita berada dalam kategori B40. Insyaallah dengan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 yang di berikan ini dapat memanfaatkan kita semua

1 thought on “Bantuan Prihatin Rakyat 2021: Kadar Bayaran Dan Kategori Permohonan”

Leave a Comment