Bantuan Kewangan Kepada Pesara/Penerima Pencen Kerja Kerajaan

Bantuan Kewangan Kepada Pesara

Pesara / penerima pencen yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak dipertimbangkan bantuan kewangan daripada pihak JKM . Antaranya  yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM720.00 sebulan layak untuk dipertimbangkan bantuan tersebut.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Siapakah yang layak menerima Bantuan Kewangan ini?

Kategori penerima yang layak menerima bantuan ini adalah pesara atau penerima pencem yang telah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Permohonan Bantuan Kewangan Pesara/Penerima Pencen

Pemohon-pemohon hendaklah menghubungi pegawai JKM daerah atau yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kriteria permohonan bantuan tersebut.

Sila semak nombor atau emel pegawai JKM daerah di sini. Bagi mendapatkan penyata pencen bagi tujuan pembuktian (sekiranya diminta) Pesara / penerima pencen boleh mencetak penyata pencen daripada link berikut http://apps.jpapencen.gov.my/ .

Tarikh dan semakan status

Tarikh dan kaedah semakan boleh dilihat di laman web rasmi di sini.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web atau download aplikasi MyPesara untuk menguruskan urusan persaraan. Dapatkan pelbagai maklumat mengenai persaraan dan informasi terkini, serta semak dan kemaskini status pencen kini boleh dilakukan di mana sahaja, setiap masa. Muat turun MyPesara hari ini!

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment