Bantuan Pesakit COVID-19 Sebanyak RM50/Sehari

Bantuan Pesakit COVID-19 (MySalam)

Rakyat Malaysia yang layak di bawah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam boleh menuntut faedah penggantian pendapatan RM50 sehari untuk maksimum 14 hari setahun sekiranya dimasukkan ke hospital kerajaan akibat jangkitan Covid-19.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

mysalam

Siapakah yang layak menerima Bantuan Pesakit Covid-19?

Individu yang dikuarantin akibat jangkitan virus sama di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Permohonan Bantuan

Tuntutan mestilah dilakukan melalui laman rasmi mySalam. Dokumen yang diperlukan adalah surat arahan kuarantin atau surat pelepasan kuarantin yang dikeluarkan KKM.

Amaun Bantuan Pesakit COVID-19

Bayaran yang akan diterima adalah RM50 sehari, 14 hari maksimum dalam setahun.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan boleh dituntut?

Pembayaran bantuan ini boleh dituntut sepanjang pesakit dijangkiti COVID-19 dalam 14 hari. RM50 sehari terhad kepada 14 hari dalam setahun sekiranya mereka dimasukkan ke hospital bagi penyakit lain.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web dan anda juga boleh membaca soalan lazim di laman itu.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment