Bantuan Perniagaan RM5000

Bantuan Perniagaan RM5000 – Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Perniagaan RM5000 – Cara Mohon & Syarat Kelayakan – Cara Mohon Bantuan Sehingga RM 5000 Untuk Mulakan Perniagaan.

Bagi usahawan yang memerlukan pembiayaan pinjaman perniagaan, anda kini boleh memohon inisiatif yang telah diumumkan iaitu Skim Perniagaan Darul Ehsan (NaDI).Dengan skim NaDI ini , usahawan yang layak akan berpeluang untuk mendapat bantuan RM 5000 dari kerajaan ini.

Dengan pembiayaan Bantuan Perniagaan RM5000 ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang tiada modal tapi ingin memulakan perniagaan.

Baca Sini: Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022-Borang Permohonan Bantuan di sini!

Baca Juga: Jawatan Kosong Bank Simpanan Nasional 2022 – Minima Kelayakan SPM!

Setiap pemohon , perlu patuhi syarat berikut : Tempoh pembiayaan adalah bermula dari 6 bulan sehingga 3 tahun. Caj perkhidmatan sebanyak 8%

Pembiayaan pinjaman boleh dibuat minima RM 1000 Dan maksima RM 5000

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi olen pemohon adalah: Pemohon Mestilah Warganegara Malaysia.

Pemohon Mestilah Warganegara Negeri Selangor. Pemohon Telah Bermastautin Atau Menetap (Tidak Kurang Dari 5 Tahun) Dan Mengundi Di Negeri Selangor.

Pemohon Biasanya Berumur 18 Hingga 65 Tahun. Pemohon Terdiri Daripada Wanita Yang Mewakili Isi Rumah.

Pelaksanaan Skim Adalah Dalam Bentuk Kumpulan (3 Orang Dalam Kumpulan). Pemohon Bersetuju Untuk Menubuhkan Kumpulan.

Untuk membuat permohonan Bantuan Perniagaan RM5000 NaDi ini, Sila ikuti cara dibawah :

Layari Laman Web Http://mikrokredit.selangor.gov.my.
Klik Bahagian ‘buat Akaun’.
Isikan Maklumat Yang Diberikan Dan Klik Butang ‘serah.’
Isikan Maklumat Permohonan Yang Diperlukan.
Muat Naik Dokumen Yang Diperlukan.
Lengkapkan Permohonan Sehingga Tamat.

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

2 Keping Gambar Berukuran Pasport.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
Salinan Pengepala Penyata Akaun Bank Atau Halaman Muka Depan Nombor Akaun (Yang Menunjukkan Nombor Akaun).
Salinan Bil Utiliti Premis Dan Kediaman Pemohon.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim NaDI, sila hubungi pihak Hijrah Selangor di talian 03-5519 1692 atau layari laman web http://www.hijrahselangor.com/.

Bantuan Perniagaan RM5000

Leave a Comment