Bantuan Pendidikan 2022 Corporation Yayasan Johor
Bantuan pendidikan 2022 Corporation Yayasan johor kini telah dibuka dan menawarkan bantuan ini kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Bantuan pendidikan 2022 ini telah diperkenalkan untuk pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT atau menampung kos perbelanjaan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Pemohon yang berminat mengenai bantuan yang ditawarkan ini, akan kami kongsikan lebih lanjut mengenai maklumat bantuan pendidikan 2022 di bawah ini.
Bantuan pendidikan 2022
Untuk Pengatahuan anda, Bantuan Pendidikan merupakan inisiatif berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga merupakan Sumbangan yang telah diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off).
Selain itu, Yayasan Corporation Johor juga memberi pelaksanaan tanggungjawab sosial dengan menerapkan elemen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk merealisasikan misi Membina & Membela JCorp yang telah melibatkan pelajar sekolah dan universiti, guru-guru, ibu bapa serta komuniti setempat.
Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation akan terima Semua permohonan yang dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation ini.
Kelebihan Bantuan
Antara kelebihan bantuan ini adalah Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa ada sebarang kesulitan.
Selain itu, Dapat membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.
SYARAT PERMOHONAN
Calon mestilah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut:
Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
Syarat Seterusnya, Tahap pengajian mestilah di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda sahaja serta Institut pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Permohonan anda mestilah dilakukan dengan mengisi borang digital sahaja dan Permohonan yang disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
CARA MOHON
Kepada yang berminat untuk memohon, sila ikuti panduan berikut:
- Klik butang “Daftar Sekarang.”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen lampiran permohonan.
- Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.
- Layari laman web di bawah ini
- http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
Dokumen Yang Diperlukan
Calon diminta untuk memuat naik dokumen seperti yang disenaraikan:
- Borang kemasukan ke IPT.
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.
- Semua dokumen perlulah disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Kepada pelajar yang layak, anda boleh melakukan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 28 Julai 2022 ini.
MAKLUMAT LANJUT
Unyuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.