Bantuan Pelajar IPT

Bantuan Pelajar

Bantuan Pelajar IPT – Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bertujuan memberi bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa belajar di institusi pengajian tinggi.

Pelaksanaan SDEP yang diberikan sekali sepanjang tempoh pengajian sebagai salah satu langkah membela nasib pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah agar dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan di samping memberi galakan untuk memperoleh keputusan akademik dan graduan yang cemerlang.

Bantuan pelajar

Bantuan Pelajar

Bantuan Pelajar Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Bantuan Pelajar yang diberikan melalui program SDEP merangkumi elaun bulanan, elaun pembelian buku dan alat tulis, elaun pengangkutan, elaun pakaian, elaun komputer serta pembayaran yuran pengajian dan insurans. Jumlah bantuan yang diberikan bergantung kepada kelayakan dan keperluan pelajar yang memohon.

MISI

-Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.

-Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
-Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.

Baca sini: Kemaskini STR Dan Permohonan Baru

Bantuan IPT

OBJEKTIF

-Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.
-Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
-Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.
-Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.
-Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

Kumpulan Sasaran

-Penyelesaian yuran tertunggak.
-Mengelakkan “dropouts” dikalangan pelajar IPT.
-Meringankan beban kos pengajian.

Penyumbang

-Memperolehi tolakan cukai pendapatan.
-Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti.
-Mempromosi syarikat penyumbang.
-Amal jariah.

KELAYAKAN DAN SYARAT MEMOHON

-Bumiputera warganegara Malaysia.
-Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
-Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

PERMOHONAN DAN KELULUSAN

Segala kelulusan tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sedia ada.

Muat Turun Borang Disini

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) anda boleh menghubungi kami dibawah:

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Leave a Comment