Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) RM300 Sebulan Seorang
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) RM300 Sebulan Seorang – Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) bertujuan membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.
Kadar bayaran Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 sebulan seorang.
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) RM300 Sebulan Seorang
Syarat Kelayakan
Warganegara yang bermastautin di Malaysia
Berumur 16 tahun dan ke atas
Pemegang kad OKU JKM
Tidak berupaya bekerja
Pemohon bukan penghuni/pelatih:
Institusi kendalian JKM; atau
Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma; atau
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi:
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
PGK purata miskin Per Kapita Semasa
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Cara memohon
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada); dan
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut :
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan; atau
Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Selaras dengan itu, terdapat satu bantuan yang dikenali sebagai BTB yang melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM300 kepada yang memerlukan.
Semak Juga: Jawatan Kosong RISDA Estate Sdn Bhd 2023
Mohon Juga: Tarikh Pembayaran Bantuan BMT RM800 Mengikut Fasa 2023
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) RM300 Sebulan Seorang
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.