Bantuan mySalam RM8000 untuk golongan B40

Bantuan mySalam RM8000 untuk golongan B40

Bantuan mySalam RM8000 untuk golongan B40. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya melalui mySalam iaitu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Antara manfaat utamanya adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal yang ditetapkan oleh mySalam.

Baca Sini: Bantuan Kewangan Berjumlah RM 700 Tanpa Perlu Buat Permohonan

Baca Juga: terima sumbangan RM10,000 Mangsa maut Tanah runtuh

Syarat-syarat Kelayakan mySalam

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan mySalam RM8000

Warganegara Malaysia;
Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun 2022
Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun;
Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

Cara Membuat Tuntutan

Bagi tujuan membuat tuntutan Bantuan mySalam RM8000 penyakit kritikal, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);

Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;

Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.;

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg

Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan mySalam, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Bantuan mySalam RM8000

Leave a Comment