Bantuan Mysalam: Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Rm700 Bagi Golongan Bujang

Bantuan Mysalam

Bantuan Untuk Golongan B40, Berikut Kami kongsikan tarikh tutup permohonan dan cara Mohon Bantuan Mysalam Sebanyak Rm700. Mohon Sekarang Sebelum Tarikh Ditutup.

Bantuan Mysalam

Lihat Juga Permohonan Bantuan RM1000 2022 Bagi Golongan Bujang

Semakan & Tambah Duit Dalam Akaun ASNB Secara Online

Syarat Kelayakan Pendaftaran Bantuan i-Suri KWSP

Tarikh akhir untuk menyerahkan tuntutan Bantuan Mysalam

  • 30 Jun 2022.

Cara Memohon Bantuan Mysalam

Sebelum anda membuat penebusan Mysalam, pastikan anda melakukan semakan terlebih dahulu sama ada anda layak untuk menerima bantuan ataupun tidak.

1. Layari www.mysalam.com.my
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
3. Seterusnya, klik pada pautan “semak”
4. Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak

Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada pautan yang disediakan di bawah ini.

Bantuan Mysalam

Cara pertama

Tuntutan Secara Online

  1. Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
  3. Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
  4. Sila kemaskini profile anda.
  5. Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
  6. Klik hantar.
  7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.

Cara Kedua 

Tuntutan Secara Manual

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
  2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
  3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
  4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.

TALIAN BANTUAN

Sumber: Mingguanjawatan.com

Kelayakan Permohonan Bantuan Mysalam

Jenis Individu Yang Layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

  1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  3. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :

  • Penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari.

Maklumat Tambahan:

  • mereka yang kena kuarantin tu sebenarnya anda boleh melakukan penebusan mySalam. Walaupun kamu kena kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih boleh untuk melakukan penebusan. Sebagai contoh, anda telah diarahakan untuk kuarantin selama tempoh 10 hari (RM50X10) = RM500. (Tempoh minimum tebus 1 hari dan maksimum tebus adalah selama 14 hari)

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Info Bantuan Mysalam sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment