BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM 300 FASA 3 : SEMAK SEKARANG!
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM 300: pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.
Ia termasuk di dalam bantuan golongan berumah tangga,warga emas dan golongan bujang.
Pada bulan Mac 2023,bantuan FASA 3 berjumlah RM 200 akan dikreditkan kepada setiap penerima yang layak.
Semak sini: BANTUAN KHAS ONE-OFF RM700 UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI : SEMAK SEKARANG!
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM 300 – Pembayaran Fasa 1 bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah pun mulai dikreditkan ke akaun penerima yang layak pada bulan januari 2023.
Manakala pembayaran Fasa 2 BMT bermula pada bulan Februari lepas. Seterusnya, Pembayaran BMT Fasa 3 akan dimula pada bulan Mac ini.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh melanda negara.
JUMLAH BAYARAN
Jumlah keseluruhan bantuan (BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM 300) ini adalah sebanyak RM 800 bagi setiap penerima yang berkelayakan. Pembayaran dipecahkan kepada 3 peringkat iaitu:
Januari – RM 300
Februari – RM 300
Mac – RM 200
JADUAL BAYARAN
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM 300 – Untuk peringatan anda,pembayaran bantuan musim tengkujuh (BMT) bagi peringkat pertama dan kedua telah pun selesai dikreditkan.
Untuk pembayaran Fasa 3 pula dijangkakan akan dikreditkan pada hujung bulan Mac 2023 dan akan di bayar secara berperingkat ke akaun bank untuk penerima yang layak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
1. Pekebun kecil RISDA
2. Warganegara Malaysia
3. Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
4. Keluasan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar Pemilik tanah yang sah
5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
PENOREH BUKAN PEMILIK
– Warganegara Malaysia
– Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
– Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
– Pengesahan pemilik tanah yang sah
– 1 lot hanya untuk seorang penerima sahaja
– Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Pembayaran akan dibuat melalui Pemindahan Dana Elektronik (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.