Bantuan Musim Tengkujuh BMT RM800

Bantuan Musim Tengkujuh BMT RM800

Bantuan Musim Tengkujuh BMT RM800. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM 800 Sebelum ini, bantuan tersebut adalah berjumlah RM 600 sahaja tetapi telah dinaikkan untuk membantu rakyat

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada pekebun yang tercicir untuk menerima bantuan tersebut.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan musim tengkujuh.

Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM 800 Sebelum ini, bantuan tersebut adalah berjumlah RM 600 sahaja tetapi telah dinaikkan untuk membantu rakyat yang terjejas.

BANTUAN RM 800 BAGI TEMPOH 4 BULAN

Disebabkan kerajaan telah bersetuju menaikkan jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), jumlah bantuan terbaru adalah RM 800 setiap seorang

Jumlah sebelum penambahan jumlah bantuan adalah RM 600 dan akan dibayar dalam dua fasa pembayaran.

Oleh itu, untuk pembayaran seterusnya akan dikemaskini dari masa ke masa.

Pembayaran bantuan RM 800 tersebut akan dibayar dalam empat fasa. Pembayaran RM 200 sebulan bagi tempoh empat bulan.

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM 600

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara untuk membuat semakan iaitu melalui laman web rasmi BMT RISDA disini https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/ atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan

SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN

Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut

– Geran asal tanah dan salinan
– Salinan buku akaun bank yang aktif
– Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan

Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut

– Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
– Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
– Salinan buku akaun bank yang aktif
– Salinan geran lot yang ditoreh
– Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
– Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4251 0171. Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur.

bantuan musim tengkujuh

Bantuan Awal Persekolahan sepatutnya dibayar pada hari ini

DAFTAR AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS

Leave a Comment