Permohonan Bantuan Musa’adah Tijariyyah 2.0 RM3,000 (Bantuan Perniagaan Kecil) – Tarikh Tutup 30 Oktober 2021

Permohonan Bantuan Musa’adah Tijariyyah 2.0

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan baharu bantuan usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0 kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan atau kekurangan modal ataupun yang ingin mengembangkan perniagaan.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Poster Musa'adah Tijariyyah 2.0

Apa itu Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah?

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif MAIWP dalam membantu asnaf meningkatkan kehidupan melalui perniagaan.

Musa’adah Tijariyyah bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal kerja daripada dana zakat.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM3,000.00. Bantuan diberikan dalam bentuk modal pusingan

Cara permohonan dan syarat permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan :-
    – Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
    – Surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan
    – Salinan lengkap SSM yang masih aktif
    -Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)
  • Borang Permohonan boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my / boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).
  • Permohonan dibuka mulai 18 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.
  • Lokasi penghantaran borang :-
    Pusat Agihan Zakat (PAZA)
    MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya
    Pemohon yang lulus diwajibkan menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dilaksanakan.

Jenis Perniagaan Yang Dibenarkan

  • Makanan dan minuman
  • Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)
  • Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)
  • Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan

Tarikh Permohonan

Permohonan Musa’adah Tijariyyah 2.0 ini dibuka mulai 16 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment