Bantuan Moratorium Automatik PKP 3.0 bagi B40, pengusaha bas dan teksi, peminjam MARA dan PKS

Bantuan Moratorium Automatik

Pada 31 Mei 2021 pukul 9 PM, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Bantuan PKP 3.0 telah mengumumkan pelbagai inisiatif kerajaan bagi membantu golongan yang terjejas oleh PKP 3.0.

Screenshot 349 71603960879 moratorium

Intipati tentang bantuan moratorium PKP 3.0

Berikut adalah intipati tentang bantuan moratorium secara ringkasnya:

  • industri berbankan memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium
  • golongan B40, terjejas pendapatan, perusahaan mikro dan PKS
  • diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
  • bagi pengusaha bas dan teksi, layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
  • peminjam MARA boleh membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium
  • usahawan MARA pemberian diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021

–> Sila baca Kadar BPR Ditambah: BPR Tambahan RM100, RM300 & RM500 – cara permohonan & tarikh

Moratorium bagi pelbagai golongan terjejas – jelas PM

Jelas Perdana Menteri, beliau mendengar permintaan rakyat supaya Kerajaan menimbang semula pemberian moratorium.

Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium. Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.

Insha-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini.

Kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan 1 bilion ringgit. Melalui skim ini, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

Saya menyarankan supaya agensi dan syarikat Kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan. Pihak MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021. Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium. Bagi usahawan MARA yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk bulan Mei sehingga Julai 2021.

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

 

Leave a Comment