Bantuan Lesen Keluarga Malaysia 2022

Bantuan Lesen Keluarga Malaysia 2022: Info Ringkas & Panduan Permohonan

Bantuan Lesen Keluarga Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama-sama dengan agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewujudkan sebuah inisiatif untuk membantu mereka mendapatkan Bantuan Lesen Keluarga melalui program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Baca sini: pembayaran bantuan barangan asas sebanyak rm2500 yang akan disalurkan kepada ketua isi rumah.

Untuk pengetahuan semua, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT bersama-sama agensi JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini telahpun dilakukan pada tahun 1990an lagi menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.

Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.

Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut:

Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas
Sihat tubuh badan dan mental
Tiada kecacatan fizikal
Tidak disenarai hitam JPJ atau polis
Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM, sila layari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia

Bantuan Lesen Keluarga

Leave a Comment