Matlamat bantu pencarum tidak tercapai jika pengeluaran KWSP RM10,000 diluluskan – analisis pakar ekonomi

Saluran bantuan kerajaan dan KWSP

Pelbagai saluran bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini memadai untuk mengelakkan pengeluaran simpanan akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Intipati berita hari ini

  • Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata semua pihak harus melihat kepada hakikat sebenar jumlah simpanan ahli ketika ini.
  • Beliau berkata, lebih separuh ahli tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk melakukan pengeluaran sebanyak RM10,000.
  • “Memang pelaburan KWSP tidak akan terjejas seandainya pengeluaran RM10,000 dibenarkan sekali lagi, namun matlamat untuk membantu pencarum tidak akan tercapai.
  • “Ini kerana pencarum yang ingin dibantu sebenarnya tiada simpanan lagi dalam KWSP,” katanya.
  • Ahmed Razman berkata, KWSP menjangkakan 6.1 juta atau 50 peratus ahli yang berusia kurang daripada 55 tahun akan mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 apabila bersara nanti.
  • Beliau berkata, ini menjadikan mereka hanya akan dapat membelanjakan sebanyak RM42 sebulan berdasarkan purata umur rakyat Malaysia sekitar 75 tahun.
  • Katanya, jika ahli sudah mengeluarkan wang sebanyak RM21,000 melalui tiga pengeluaran khas sebelum ini, mereka terpaksa bekerja antara empat tahun hingga enam tahun lebih lama daripada umur persaraan untuk menampung kembali wang yang dikeluarkan sebelum ini.
  • “Oleh itu, isu pencarum KWSP tidak mempunyai wang yang cukup untuk persaraan adalah sangat serius dan akan menjadi lebih buruk setiap tahun apabila ramai ahli KWSP akan mula bersara.
  • “Gambaran yang diberi oleh KWSP bahawa ahli terpaksa bekerja sehingga 60 tahun atau lebih berkemungkinan akan menjadi realiti tidak lama lagi,” katanya.

(sumber: BHarian)

Simpanan persaraan makin susut, KWSP beri amaran ketika gesaan mudahkan pengeluarannya | MalaysiaNow

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH

Shope tengah buat sale sekarang

klik disini — promosi shope terlajak murah

Leave a Comment