Bantuan KWSP: Kerajaan Bersetuju Memberikan Sebanyak RM 500 Kepada Pencarum
Bantuan KWSP Kerajaan Bersetuju Memberikan Sebanyak RM 500 Kepada Pencarum.
Kerajaan Bersetuju Memberikan Bantuan KWSP RM 500. Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Bantuan KWSP Kerajaan Bersetuju Memberikan Sebanyak RM 500 Kepada Pencarum
Selain itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan kemudahan kepada rakyat negara ini. Bantuan KWSP Kerajaan Bersetuju Memberikan Sebanyak RM 500 Kepada Pencarum
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan daripada KWSP ini: –
BACA JUGA:
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Diawalkan Tarikh pembayaran
Bantuan RM500 KWSP
Ketika pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju memperkenalkam bantuan tambahan caruman KWSP sebanyak RM500 secara ‘one-off’.
Bantuan ini pada asasnya akan dikreditkan ke Akaun 1 KWSP pencarum yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.
Pelaksanaan bantuan kewangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan akan memanfaatkan hampir 2 juta ahli badan kewangan berkenaan.
“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.
“Bantuan ini diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahum ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Februari lalu.
i-Saraan KWSP
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan Insentif Persaraan (i-Saraan) yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan sebagai insentif daripada pihak kerajaan.
Antara manfaat utama i-Saraan adalah:
Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;
Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap;
Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan masing-masing;
Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan;
Mendapat pelepasan cukai pendapatan;
Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan KWSP, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.