Apa itu Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA?
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
Syarat kelayakan
- Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
- Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati
- Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.
Cara Permohonan
Berikut adalah cara permohonan yang perlu diteliti supaya permohonan diterima kerana permohonan tidak lengkap akan ditolak:
1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap.
• Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
• Salinan Sijil Kematian
• Salinan Kad Pengenalan si mati
• Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
• Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
2. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA:-
➢ Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
➢Alamat rasmi E-mel
[email protected]
➢ Whatsapp
+60 11-1321 8056
Amaun Bantuan Pengurusan Kematian
Bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM5,000. NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang
dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan
Kaedah Bayaran
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web dan muat turun Borang Permohonan (Lampiran A) di sini.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan