Banyak Kategori Pekerja Yang Menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM200-RM1,200 Yang Dibayar Bermula Semalam Dan Hari Ini
Salah satu pakej bantuan yang terbaru adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) atau Pemberian Bonus yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan tersebut yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Rujukan: Daftar Akaun KWSP Anak Yang Berumur 14 Tahun Dan Ke Atas
Kategori Pekerja Yang Menerima Bantuan Khas Kewangan Ini
- RM200 akan diberikan guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam di negeri Pulau Pinang
- RM300 akan diberikan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.
- Bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang, PBT & Badan Berkanun Negeri
Kadar Bantuan Khas Kewangan
Terdapat 3 kategori kadar bantuan iaitu:
- RM200
- RM300
- Setengah bulan gaji atau minimum RM1,200
Tujuan Bantuan Diberikan
- Tujuan Kerajaan Pulau Pinang memberikan Bantuan Kewangan Khas (BKK).
- Pemberian bonus ini adalah sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini kepada yang terlibat.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat berikut:
PEJABAT YAB. KETUA MENTERI, TINGKAT 28, KOMTAR, 10503 PULAU PINANG
Telefon: (P) 04-2614424 / 04-6505112
Fax : 04-2613003
Email : [email protected]
Sumber: jawatankerja
SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Lihat Juga: Gaji Minimum RM1500 Akan Dilancarkan bermula 1 Mei 2022
MyinfoKerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan Khas Kewangan ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih