Bantuan Khas EPB RM400 untuk rakyat Malaysia-syarat kelayakan dan panduan permohonan
(Bantuan Khas EPB RM400 untuk rakyat Malaysia-syarat kelayakan dan panduan permohonan)Di bawah telah disediakan senarai syarat kelayakan EPB yang telah ditetapkan seperti berikut :
Terbuka kepada individu yang masih belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas tarikh 1 Jun 2021. Terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun sehingga 60 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Perlu mendaftar sebagai pencari kerja di laman MyFutureJobs. Menghadiri temuduga sekurang kurangnya tiga kali dalam masa sebulan. Sila kemaskini log aktiviti di Portal Rasmi MyFutureJobs https://www.perkeso.gov.my/
Kadar Bantuan Bantuan Khas EPB
Kepada calon permohonan yang berkelayakan akan menerima bantuan elaun sebanyak RM 400.
Panduan Permohonan
Jika anda menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat melalui Portal rasmi PERKESO – DI SINI
Kepada individu yang berkelayakan, anda boleh memuat turun aplikasi Prihatin PERKESO di telefon pintar anda. Semakan dan permohonan boleh dilakukan di aplikasi tersebut.
Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Khas EPB RM400 untuk rakyat Malaysia
Untuk makluman, permohonan dibuka sepanjang tahun 2022. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2022.
Jika anda mempunyai permasalahan semasa proses permohonan atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan EPB, anda boleh terus hubungi di talian khas perkhidmatan pelanggan PERKESO – 1 300 22 8000.
Apakah itu EPB? Ini adalah merupakan program bantuan khas dikenali sebagai Elaun Persediaan Bekerja (EPB). Di ruangan ini telah disediakan maklumat berkenaan insentif khas ini.
Untuk makluman umum, inisiatif berbentuk kewangan dari pihak kerajaan amat penting kepada rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Oleh itu pada tahun 2022 pelbagai bantuan khususnya bantuan tunai telah disediakan kepada rakyat yang memerlukan. Terdapat bantuan baru diperkenalkan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan terdapat juga bantuan lama tetapi masih diteruskan seperti EPB.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 selain bantuan EPB, terdapat pelbagai bantuan terutama melibatkan bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban keluarga Malaysia. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI
BACA JUGA: KWSP 2.0 Tuntut Pengeluaran Khas Sekarang!
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. – Bantuan Khas EPB RM400 untuk rakyat Malaysia