Bantuan Khairat Kematian KWSP 2022, Tuntutan Waris Sebanyak RM2,500.00

Bantuan Khairat Kematian KWSP 2022, – Tuntutan Waris Sebanyak RM2,500.00

Khairat kematian merupakan satu bantuan yang disediakan oleh KWSP kepada waris.

Sebanyak RM2,500.00 yang diberikan kepada pihak kematian untuk tuntut bantuan ini.

Berikut Myinfokerja kongsikan lagi untuk makluman bersama.

Apakah Itu Bantuan Kematian KWSP?

Bantuan sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “tanggungan ahli” yang layak seperti (balu/duda, anak atau ibu bapa dan ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

Bantuan Khairat Kematian ini telah diwujudkan kerana ini adalah tanda simpati KWSP terhadap waris ahli (mengikut budi bicara yang dikeluarkan oleh pihak KWSP).

Untuk makluman, KWSP berhak mempertimbangkan keputusan muktamad berkenaan pembayaran Manfaat Kematian ini.

Baca Juga: Semakan Status KWSP, (Pengeluaran khas) Belum Sah Lulus

Syarat Untuk Tuntut

Waris ahli yang memohon Pengeluaran Kematian ini akan menerima Bantuan Kematian sekiranya memenuhi syarat kriteria berikut:

  1. Ahli yang meninggal dunia adalah Warganegara Malaysia / PR / Bukan Warganegara yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998.
  2. Ahli itu meninggal dunia sebelum umur 60 tahun,
  3. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP,
  4. Pemohon adalah anggota keluarga tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa),
  5. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian.

Untuk membuat permohonan, sila layari i-Akaun atau membuat tuntutan dengan mengisi borang berikut:

Muat Turun Borang Khairat Kematian KWSP: KWSP_9KM_AHL

Bantuan Khairat Kematian KWSP 2022

Bantuan Khairat Kematian KWSP 2022

Leave a Comment