Bantuan Kewangan sekolah SPZAS RM200 one-off
(Bantuan Kewangan sekolah SPZAS RM200 one-off) – Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.
Salah satunya ialah Sumbangan Pendidikan Zakat Kanak-Kanak Rendah & Menengah Selangor (SPZAS Ren & Men) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Cara memohonBagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SPZAS Ren & Men boleh dihantar secara online melalui Sistem SPZAS LZS.
Bantuan ini melibatkan sumbangan kewangan kepada mereka yang mempunyai anak bersekolah bagi meringankan beban kos pendidikan pada tahun 2022.
Semak sini: Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu B40
Semak juga: Cara Check Dividen ASB
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Syarat Pemohon Bantuan Kewangan sekolah juga perlu memuat naik dokumen berikut semasa memohon. Pemohon juga haruslah Beragama Islam dan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun.
Selain itu, Permohonan hanya untuk pra sekolah/tadika (5 & 6 tahun) hingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2022 sahaja)
Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf.
Namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000 dan Kadar caruman adalah sebanyak RM200 bagi setiap tanggungan.
Untuk memohon. Pemohon haruslah menyediakan Kad pengenalan ketua keluarga dan Kad pengenalan pasangan.
Selain itu, Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga) dan Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS) juga perlu disediakan.
Penyata akaun bank ketua keluarga. Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan).
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Kewangan sekolah (SPZAS Ren & Men) serta Borang A dan Borang B boleh dirujuk di Portal Rasmi LZS – DI SINI, manakala permohonan boleh dikemukakan DI SINI.