Bantuan Kewangan RM800 Sekali Bayar Kepada Rakyat
Bantuan Kewangan RM800 Sekali Bayar Kepada Rakyat – Jumlah maksimum bantuan STR ini adalah RM 800 mengikut kelayakan diperlukan. Bantuan Kewangan RM800
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan pembayaran untuk fasa 3 pada Julai ini.
Semak sini: Bantuan RM100 Khas Bujang Dan Warga Emas
Baju jualan termurah: klik sini
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.
STR 2023 dibayar melalui 4 fasa dan kini hanya berbaki 2 fasa bayaran sahaja lagi.
Pembayaran STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.
JUMLAH BANTUAN
Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.
Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500
– 1 Hingga 2 – RM 400
– 3 hingga 4 – RM 600
– 5 dan ke atas – RM 800
– Tiada anak – RM 300
Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000
– 1 hingga 2 – RM 150
– 3 hingga 4 – RM 200
– 5 dan ke atas – RM 250
– Tiada anak – Tiada bayaran
Kesemua jumlah bantuan di atas akan dibayar one-off iaitu sekali bayar pada Julai nanti.
Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas = RM 100 seorang
KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN
Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).
Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.
Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.
TARIKH BAYARAN
Pembayaran STR Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada bulan Julai 2023 ini. Tetapi, mengenai tarikh rasmi bayaran pula belum diumumkan setakat ini.