Bantuan Kewangan RM180 Bagi Meringankan Beban
Bantuan Kewangan RM180 Bagi Meringankan Beban – Bantuan Kewangan RM180 Bagi Meringankan Beban – Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Untuk sedia maklum, salah satu inisitif yang dilaksanakan pada tahun ini adalah pemberian bantuan yuran subsidi sebanyak RM180. Insentif khas diberikan setiap bulan ini adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan penjawat awam yang mempunyai anak di peringkat taska.
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam dinaikkan daripada RM5,000.00 kepada RM7,000.00 sebulan.
Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.
Syarat Kelayakan
Dibawah adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan khas ini seperti berikut :
– Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
– Mempunyai anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftarkan di taska
– Penjawat awam yang berpendapatan bulanan dibawah RM7,000
– Hanya taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja boleh memohon
Bantuan Kewangan RM180 Bagi Meringankan Beban
Cara Memohon
Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.
Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:
– Salinan penyata gaji
– Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak
– Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara
– Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri
– Salinan penyata gaji suami/isteri
– Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai
memohon, sila muat turun Lampiran A bagi mendapatkan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Taska.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/subsidiyurantaska.html
Semak Juga: CARA DAPATKAN SEMULA SIJIL SECARA ONLINE 2023
Mohon Juga: Senarai Bantuan Kewangan Bagi Golongan Bujang B40 & M40
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Bantuan Kewangan RM180 Bagi Meringankan Beban